
Jika ada pertanyaan add me at facebook ayeaf_hmasury@yahoo.com
or join
The Gold Dinar Group di Facebook
Ceramah Dinar Dirham - Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan
Time:7:45PM Saturday, April 17th 2010
Location:Surau Al Furqan, Puncak Alam Fasa 2
Amalan Sunnah Yang Ditinggalkan.
Objektif utama ceramah ini ialah memberi pendedahan kepada masyarakat akan peranan Dinar dan Dirham dalam menguatkan ekonomi ummah malah sebagai agen dan strategi penyatuan umat islam.Sistem kewangan dunia berasaskan wang kertas dan berlandaskan riba telah membawa kepada banyak kerosakan... seperti kemiskinan, kerosakan alam sekitar, monopoli pengeluaran dan pengedarannya serta masalah lain seperti pengangguran, jenayah, maksiat dan kejatuhan moral.
Dinar emas perlu diguna pakai kembali sebagai alat menyimpan nilai dan perantara pertukaran terutama dalam perdagangan kerana dinar emas terkenal dengan sifat stabil terhadap aktiviti spekulasi dan manipulasi. Mekanisme simpanan berasaskan dinar emas bagi jemaah haji, contohnya, boleh diwujudkan bagi menjamin simpanan jemaah haji agar tidak susut nilai oleh spekulasi dan manipulasi sistem mata wang dunia.Mekanisme seumpama ini sebenarnya sudah lama dipraktikkan di Indonesia di bawah kelolaan ONH (Ongkos Naik Haji).