
& Salam Sejahtera...
Pembangunan Maahad Tahfiz ini sememangnya bertunjangkan kepada sumbangan orang ramai yang mahu melihat kelahiran tahfiz-hafiz berterusan di Negara kita sendiri ini. Bagi memastikan anak-anak tahfiz kita mendapat kemudahan dan tempat pembelajaran yang baik, kami masih memerlukan sumbangan yang besar dari pihak saudara dan saudari.
Anak-anak ini merupakan bakal pemimpin masa depan. Mereka memerlukan bantuan daripada kita untuk meneruskan pengajian di Maahad Tahfiz An-Nur.
Kini lebih 100 pelajar berdaftar dan jumlah ini meningkat dari masa ke semasa. Lebih 20 pelajar merupakan anak yatim. Menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.
Sehingga kini, 3 unit rumah telah dibuka untuk menempatkan pelajar-pelajar ini dan kos semakin meningkat. Setiap pelajar memerlukan perbelanjaan RM300 - RM500 sebulan.
MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
NO. 21
Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam.
SELANGOR
Semoga usaha dan niat baik kita diberkati Allah SWT.