Bank Dunia
Akhirnya Jujur
Soal Emas
![[Gambar: insideFree02.jpg]](http://wakalanusantara.com/images_content/insideFree02.jpg)
Di tengah kepanikan dunia atas 'perang matawang'
dan kian rapuhnya sistem riba,
perbankan dan wang kertas,
Presiden Bank Dunia, Robert Zoellick,
akhirnya bicara secara jujur tentang emas.
Dia pun bahkan mengusulkan kepada negara-negara G-20
agar kembali menggunakan emas sebagai alat ukur nilai matawang dunia.
Quote:'Dalam sejarah emas memang dikatakan sebagai matawang kuno,
tapi sampai saat ini pasaran dunia masih menggunakan emas
sebagai aset ,' ujar Zoellick.
Dalam laporan di Financial Times,
Zoellick mengusulkan kes ini agar dibahas dalam KTT G-20, di Seoul, Khamis dan Jumaat, minggu ini.
Dia berpendapat dunia memerlukan aura baru untuk mewujudkan Bretton Wood II,
menggantikan sistem matawang yang pasti pupus ketika ini.
Dalam sistem baru ini,
dia mengusulkan emas sebagai alat ukur,
dan melibatkan sejumlah matawang kertas sekaligus,
iaitu dolar USD, Yuan, Euro, Yen, dan Poundsterling.
Dengan itu,
semua matawang ini dapat bergerak bebas,
sebagai cadangan sedunia,
bukan cuma satu matawang.
Ia juga menyatakan G-20 boleh bekerjasama menggunakan semua kemudahan yang dimilikinya untuk membantu negara berkembang menghadapi aliran 'wang panas' yang di satu sisi memperkuat matawang negara yang bersangkutan dengan cepat,
tapi di sisi lain menciptakan penggelembungan aset dunia serta-merta,
yang menurunkan kadar eksport negara bersangkutan kerana
membuat produk negara tersebut mahal di pasaran antarabangsa.
Dalam perang matawang ini beberapa negara saling tuduh-menuduh.
AS dituduh membiarkan nilai USD rendah,
melalui kebijakan the Fed, sambil menekan China,
untuk menaikkan nilai Yuan.
Dengan demikian produk China akan kurang persaingan di dunia. Menkeu Jerman, Wolfgang Schaeuble,
menyebut pihak AS sebagai 'egois dan tak mau mengerti kepentingan orang lain.'
Pertanyaannya adalah:
adakah idea Zoellick menjadi kenyataan?
Oligarki perbankan dunia yang mengendalikan sistem kewangan di seluruh dunia tentu akan menghadapi persoalan serius bila idea orang bisnes semacam Zoellick, dengan Bretton Wood II-nya itu, diterima. Kerana itu boleh diperkirakan gagasan itu hanya akan menguap,
dalam ruang sidang para pemimpin negara,
yang juga hanya boneka para perbankan dunia, G-20, di Seoul ini.
Maka,
saatnyalah Anda meenggunakan kebebasan yang Allah SWT berikan dalam memilih alat tukar.
Pilih dan gunakan hanya Dinar Emas dan Dirham Perak dalam transaksi sehari-hari.
Tanpa menunggu, apalagi tergantung,
keputusan para 'pemimpin',
yang dalam kenyataannya hanya bekerja demi kepentingan perbankan dunia.