Saya berminat menukarkan
RM 1000 simpanan saya
kepada dinar
sebagai percubaan
Assalamualaikum Muhammad Afiq.
Terima kasih kerana menghantar soalan ini kepada pihak kami melalui kemudahan di forum
Dinar-Emas.COM
Semoga kehidupan anda di sana semakin ceria dari hari ke hari.
Berikut ialah jawapan kami kepada anda:
Quote:1. Blhkah sy membeli dinar emas tuan melalui email ini?
Ya, boleh,
tapi dinar jenis apakah yang ingin anda miliki?
Dinar Muslim atau Dinar Kelantan atau Public Dinar ?
Bayaran boleh dilakukan dengan menggunakan Kad Kredit sekiranya anda ingin segera.
Laman web sedang kami kemaskini tetapi dinar emas masih dijual.
Sekiranya anda boleh membayar dengan kad kredit,
Akan kami sediakan link pembayarannya nanti.
Quote:2. Apakah cara yg dipkai utk sy mnukarkn sebahagian simpanan saya kpd dinar emas?
sy bminat mnukarkn RM 1000 simpanan sy kpd dinar sbg percubaan).
Cara yang paling senang ialah ,
anda tambahkan nilai duit kertas anda tadi menjadi RM 1300,
dan anda boleh memiliki 2 keping syiling dinar emas.
Sekiranya anda sememangnya mempunyai
tabiat menyimpan duit RM 600++ ke atas setiap bulan,
Gantikan tabiat itu dengan cara baru pula,
Iaitu simpan RM 600++ sebulan dalam bentuk Dinar,
Maka gantikannya dengan simpanan 1 keping syiling Dinar Emas setiap bulan,
Ini lebih terjamin kerana nilai duit kertas semakin hari semakin turun,
Sedangkan nilai emas setiap bulan naik.
Sekiranya anda tidak ada duit sebanyak itu untuk menyimpan RM 600++ setiap bulan,
Maka,
dengan nilai RM 200++ ,
Anda juga boleh menyimpan emas iaitu caranya sama sahaja seperti di atas,
Iaitu menyimpan 1 gram emas setiap bulan,
Itu sahaja,
harga 1 gram emas = purata sekitar RM 200
harga 1 Dinar Emas = purata sekitar RM 600
Oleh itu,
Azamkan diri anda untuk menyimpan emas setiap bulan.
Quote:3. Apakah cara yg pling efektif utk sy mnyimpan dinar trsebut dgn selamat..
tnpa unsur2 riba..?
Cara paling berkesan untuk simpan syiling dinar emas ialah,
Dengan cara menyimpannya dalam uncang kat dalam rumah anda sendiri,
Simpan kat dalam rumah macam simpan syiling biasa sahaja,
Itulah paling selamat sebenarnya
kerana anda seorang sahaja yang tahu syiling itu adalah emas,
Kelebihannya yang lain ialah anda tak perlu bayar sewa simpanan,
Memiliki dinar emas dalam simpanan sendiri tidak menyebabkan riba,
Lain halnya anda simpan duit setiap bulan di bank,
malahan bank akan berkongsi hasil riba setiap bulan dengan anda,
Ramai yang tak sedar & ini membahayakan keselamatan anda di akhirat.
Quote:4. Brapa lama sy blh mnyimpan dinar trsebut sblm dikenakan zakat..?
Jika dikenakan zakat, brpa pula kdar bayaran..?
Zakat dikenakan ke atas emas yang tak pernah digunakan sekiranya mencecah genap 12 bulan.
Zakat dikenakan
2.5% atau
0.025 ke atas nilai harga emas di pasaran,
Oleh kerana kita hidup di dalam system yahudi yang pakai duit kertas,
Maka sekiranya kita ada emas senilai duit kertas = RM 1,000.00 (yang dah 12 bulan tak pakai)
Maka nilai zakat emas yang wajib dibayar ialah hanya RM 25.00
Nota Zakat Dinar Emas:
-sekiranya anda mempunyai
40 keping syiling Dinar Emas (yang dah 12 bulan tak pakai)
-maka zakat yang wajib anda bayar ialah
1 keping syiling Dinar Emas
-Zakat Dinar Emas =
0.025 x (40 keping syiling x 4.25 gram)
-atau, sekiranya anda mempunyai 1 keping syiling dinar emas,
-cukuplah anda membayar =
0.025 x (1 keping syiling x 4.25 gram) = dan tukarkan ke nilai beras
Di bawah ini merupakan koleksi jawapan kepada soalan kepada pihak
Dinar-Emas.COM
Sila buat rujukan anda ke sini
http://www.dinar-emas.com/forum-64.html
Kerana ramai yang bertanyakan soalan mengejut yang sama seperti anda, tahniah.
Semoga soalan anda dan jawapan dari pihak
Dinar-Emas.COM memuaskan hati saudara.
Jangan lupa untuk memiliki emas atau syiling dinar setiap bulan kerana zaman kejatuhan sistem duit kertas semakin dekat.
Maklumat lanjut sila layari laman web ini di alamat
http://www.dinar-emas.com/forum-10.html
Jangan lupa berkongsi pendapat dan idea serta rahsia sulit di Forum Dinar Emas.
Berjumpa lagi.
SEKIAN,
WASSALAM.
---------------------------------
((( TAKKAN DINAR HILANG DI DUNIA )))
= Pegawai Pengurusan =
http://www.dinar-emas.com