(Dinar Emas 99.99%) Vs (Dinar Emas 91.7%)
SOALAN:
From: dinarkomuniti
Subject: Lagi soalan
W'salam,
Terimakasih atas kebenaran saudara.
Kami amat menghargainya.
Kami ada sedikit pertanyaan,
saje untuk bertukar-tukar pendapat.
Apa pendapat saudara tentang perbezaan Dinar 916 dan 999? Adakah saudara menyokong mana-mana dinar?
'sila rujuk jawapan kami di bawah'
Dan untuk dialog Vatican yang saudara paparkan di Blog, adakah itu pengalaman peribadi pihak saudara atau pengalaman orang lain?
Kerana kebanyakan informasi yang diletak disitu bertepatan dengan kajian yang kami lakukan.
[soalan ini sudah dijawap di artikel itu sendiri,
sila semak di forum, ada juga dijawap.]
Terimakasih dan selamat berpuasa,
Admin
Thegolddinar.blogspot
==========================================
JAWAPAN:
Assalamualaikum Admin Dinar komuniti.
Terima kasih kerana menghantar soalan ini kepada pihak
Dinar-Emas.COM melalui
kemudahan di forum di sana.
Semoga kehidupan anda di sana semakin ceria dari hari ke hari.
Di bawah ini merupakan jawapan kepada soalan anda kepada pihak
Dinar-Emas.COM
Dinar Emas
[Jenis ketumpatan 99.99% ] & [Jenis ketumpatan 91.70%]
Bagi pihak kami
Dinar-Emas.COM,
Penggunaan matawang syariah
Dinar Emas,
samada dari jenis ketumpatan
emas 99.99% atau pun dari yang jenis ketumpatan
emas 91.70%
tetap kami menyokongnya kedua-duanya.
Tetapi bagi mereka yang menyokong
Dinar Emas 99.99% ,
mereka kena faham sekiranya syiling DINAR jenis 99.99% digunakan untuk “alat” urusniaga & matawang,
sememangnya idea itu tidaklah amat sesuai langsung,
memandangkan dinar jenis ini akan cacat rupanya dalam jangka masa sebulan sahaja,
ini berlaku akibat pertukaran syiling dari seorang manusia ke manusia lain setiap hari,
yang menggunakan DINAR EMAS berketumpatan 99.99% yang mempunyai sifat fizik lembut ikatan jisim molekulnya,
apa akan orang ramai kata ?
Quote:Beli mahal-mahal tapi dah bengkok, dah toreh, dan berlekuk…
Atau pun akan ada situasi begini yang akan berlaku…
“alamak tuan, Dinar Emas tuan ni dah bengkok la….
Saya takleh terima duit yang rosak ni,
Kita urusniaga lain kali sahaja lah ye…?”
IBARAT
Quote:- konsepnya sama sahaja dengan wang kerts RM 50 yang terkoyak separuh.
- Puas kita bubuh selotip cantikkan balik duit RM 50 tadi
- Tapi sayang, semua kedai taknak terimanya….
Pihak
Dinar-Emas.COM faham, ada sejarah silam zaman sahabat nabi dulu,
Sesetengah pemerintah menggunakan syiling
Dinar Emas jenis 99.99% ,
Akibat sejarah itu rekod mendapati syiling Dinar Emas jenis itu ada yang
bengkang bengkok, berlekuk, & tak cantik.
Walau bagaimanapun…
Berbalik-balik kepada saranan baginda Khalifah Umar Al-Khattab…
Berat 7 syiling Dinar Emas = Berat 10 syiling Dirham Perak
Islam itu mudah…
Islam itu indah…
Permudahkan apa yang ada & indahkan apa yang tersedia…
Kerana itulah,
DINAR EMAS jenis ketumpatan
91.70% dipilih sebagai
“alat rasmi” matawang dunia Islam hari ini,
kerana berapa banyak kali pun Dinar Emas jenis
91.70% bertukar tangan,
ia tetap akan kekal dengan bentuk bulat tanpa bengkok atau tertoreh,
hanya dengan jalan ini sahajalah kualiti Dinar Emas itu sentiasa
[terjaga, bernilai, berkilau, dan disayangi]
(berbeza pula Dinar Emas jenis 99.99% yang cepat bengkok & lekok akibat kelembutannya)
ini berlaku kerana Dinar Emas jenis
91.70% ada campuran logam lain di dalamnya untuk kekuatan jisim syiling itu…
Maka dengan rasminya,
Dinar Emas jenis ketumpatan
91.70% dipilih secara rasmi untuk digunakan oleh seluruh dunia Islam hari ini,
Dan ‘boleh jadi’….
Penggunaan Dinar Emas jenis ini akan berterusan sehingga disaksikan sendiri oleh baginda
Imam Mahdi & Nabi Isa di masa hadapan,
Memandangkan tanda-tanda untuk baginda muncul semakin nyata akibat
[situasi mengeringnya sebuah tasik di Palestin]
Quote:Untuk hal ini,
rasanya anda boleh merujuk website ini,
baru minggu lepas kami menerima iklannya, iaitu http://www.rahsiadunia.com
Kalau anda tanya kanak-kanak pun,
Mereka akan memilih yang sempurna itu adalah yang bernilai…
Kerana itulah,
Piawaian penggunaan Dinar Emas jenis
91.70% dipilih dengan penuh teliti,
untuk menjaga kemashalatan seluruh ummah & seluruh penduduk bumi,
dan
supaya orang kafir tidak mengejek-ejek orang Islam di kemudian hari,
sekiranya Dinar Emas jenis 99.99% dipilih juga untuk alat matawang,
tetapi akhirnya tak sampai sebulan guna dah
bengkang-bengkok Dinar Emas jenis 99.99% ini,
bukankah ini 1 peluang besar
Iluminati & Freemason untuk memburuk-burukkan matawang Islam ?
Dah nampak bukan ?
Selamat menjalankan ibadat Fardhu Puasa.
Semoga soalan anda dan jawapan dari pihak Dinar-Emas.COM memuaskan hati saudara.
Jangan lupa berkongsi pendapat dan idea serta rahsia sulit di Forum Dinar Emas.
Berjumpa lagi.
Anda dibenarkan copy paste email ini untuk hebahan ke seluruh Nusantara bumi agung Melayu ini.
Berkenaan artikel Vatican itu,
Ianya adalah pengalaman peribadi saudara Zaim dari tanah Melayu,
Dan selamat disusun rapi oleh seseorang dari Portal Dinar Emas.
Berjumpa lagi.
SEKIAN,
WASSALAM.
--------------------------------------------
((( TAKKAN DINAR HILANG DI DUNIA )))
= Pegawai Pengurusan =
http://www.dinar-emas.com