Takkan Dinar Hilang Di Dunia

.Selamat kembali, {1}. Lawatan terakhir: {2}
Masa sekarang: 22-May-2012, 05:56 AM.
Pesanan Penaja & Iklan Anda
( IKLAN MURAH )


Pajak Gadai Bank Islam Malaysia
Masa sekarang: 22-May-2012, 05:56 AM
2 users browsing this thread: (0 members, and 2 guests).
2 users browsing this thread: (0 members, and 2 guests).
Author: hazyyati
Last Post: hazyyati
Replies 1
Views 1860
Salin Kod Dinar-Emas
Tampal Di Website-Anda

Dinar-Emas.COM


Kedudukan Pelawat
Locations of visitors to this page

Pengunjung Terkini

Pengintip Dinar Emas
 

Harga = 1.00 Gram
Harga Emas

Harga = 1.00 Ounce
Harga Emas

Harga = 1.00 Kilogram
Harga Emas

Waktu Sekarang

99 Nama Allah

Kalender Islam Hijrah

Bantuan Gaza
Bantuan Gaza

Pelawat Hari Ini
free counters

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 22 Votes - 3.5 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pajak Gadai Bank Islam Malaysia
 
Share  
07-Aug-2010, 10:30 AM
Kiriman: #1
Information Pajak Gadai Bank Islam Malaysia
Bank Islam Lancar Perkhidmatan Pajak Gadai Islam
Raih potensi besar pasaran gadaian di Kelantan



KOTA BHARU, Rabu [16 Jun 2010]: Pelancaran perkhidmatan pajak gadai Islam Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia hari ini.

Pelancaran perkhidmatan Ar-Rahnu (pajak gadai Islam) di Kota Bharu ini merupakan peristiwa bersejarah yang amat bermakna bagi Bank Islam selaku perintis perbankan Islam tanah air.

Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat, berkata di majlis pelancaran: “melalui pelancaran Ar-Rahnu atau perkhidmatan pajak gadai Islam ini, Bank Islam boleh meyumbang ke arah memperkasakan satu segmen utama dalam ekonomi negara iaitu perusahaan kecil dan sederhana yang mewakili 99.2% daripada keseluruhan perniagaan dan menyediakan 56.4% daripada jumlah pekerjaan di Malaysia.”

“Kami berpendapat bahawa Ar-Rahnu boleh dilaksanakan sebagai satu bentuk pembiayaan yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak kerana bukan sahaja ianya menguntungkan institusi yang menawarkan Ar-Rahnu malah pelanggan juga boleh mendapat wang tunai dengan mudah dan pada masa yang singkat memandangkan sifat semula jadi emas sebagai komoditi yang mempunyai kecairan tinggi dan kestabilan harga secara relatif,” katanya lagi.

Dato’ Sri Zukri juga berkata, pihak Bank sedar bahawa potensi bagi perkhidmatan ini sangat besar memandangkan permintaan untuk kredit mikro seumpama ini semakin meningkat. Ini sekaligus memberi petunjuk bahawa semangat keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia sebenarnya masih utuh dan apa yang mereka perlukan adalah sumber pembiayaan yang mudah, cepat dan pada kadar yang berpatutan.

“Keputusan ini telah dibuat bukan semata-mata untuk membolehkan Bank Islam memainkan peranan penting dalam memperluaskan lagi akses kepada pembiayaan berlandaskan Syariah untuk ditawarkan kepada perusahaan-perusahaan mikro dan perniagaan-perniagaan kecil sebagai menyahut seruan Y.A.B. Perdana Menteri kita dalam ucapan Bajet 2010 beliau pada Oktober lepas,” tambahnya lagi.

Bank Islam telah menjalin usahasama strategik dengan mengambil alih 80% kepentingan dalam Farihan Corporation Sdn. Bhd. (“FCSB”), yang sudah lama beroperasi di Pasir Puteh, Kelantan.

Optimis dengan skim pembiayaan ini, Bank Islam merancang untuk memperluaskan perniagaan Ar-Rahnunya di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah dan Wilayah Tengah dalam masa terdekat. Pada separuh penggal kedua tahun ini, Bank Islam merancang untuk membuka tiga buah lagi cawangan baharu, sekaligus meningkatkan jumlah cawangan kepada lima menjelang hujung tahun 2010.
Pelanggan hanya akan dikenakan “upah simpan” iaitu suatu bentuk caj untuk menampung kos menyimpan barangan yang dipajak. Dengan perkhidmatan Ar-Rahnu, secara purata, pelanggan berpeluang mendapat pembiayaan sehingga 60 peratus daripada nilai emas yang dipajak. Di kesemua cawangan Ar-Rahnu Bank Islam, semua maklumat transaksi akan direkodkan dengan jelas dan lengkap di samping perlindungan Takaful bagi menjamin keselamatan barangan yang dipajak.

Ar-Rahnu Bank Islam juga akan memaklumkan para pelanggan mengenai mana-mana perubahan melalui notis atau surat. Jika pelanggan gagal membayar semula pembiayaan yang diambil, sebarang lebihan hasil lelongan emas yang dipajak, selepas ditolak jumlah hutang dan upah simpan, akan dikembalikan kepada pelanggan.

Kekuatan model perkhidmatan baharu ini berpaksi pada dua keistimewaan emas yang nyata, iaitu kecairannya yang tinggi dan kestabilan harga secara relatif yang menjamin kebolehjualan emas pada harga yang berpatutan. Ini merupakan prasyarat utama untuk layak menjadi cagaran.
[Gambar: 160610-news.gif]
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 1 user says Thank You to hazyyati for this post:
ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN (21-02-2012 02:28 AM)
Tukaran Matawang Asing
07-Aug-2010, 10:35 AM
Kiriman: #2
Pengalaman Pajak GadaiDinar di Bank Islam Malaysia
WEDNESDAY, JULY 14, 2010

Dinar Kulim diterima di Ar-Rahn Bank Islam

Salam,

Pada petang tadi saya telah selesai berurusan dgn Ar-Rahn Bank Islam Kota Bharu. Sebenarnya, semalam lagi saya dah bertanya khabar di kaunter mereka.Cuma hari ini saya dapat berurusan dgn sempurna. Bercakap mengenai Ar- Rahn Bank Islam (ARBI) ini, ianya telah dirasmikan oleh Perdanan Menteri pada 16 Jun 2010. Di Kelantan ARBI mempunyai 2 cawangan iaitu di Pasir Puteh dan Kota Bharu. Cawangan Kota Bharu ianya terletak behampiran bangunan MARA K.Bharu.



Pembukaan ARBI ini menunjukkan kekuatan emas itu sudah terbukti dan membuka mata banyak pihak akan kepentingan emas ini. Alhamdulillah, satu demi satu Ar-Rahn telah dibuka oleh institusi2 bank.

[Gambar: Slide1.jpg]
Berbalik pada tajuk di atas, saya telah membawa sekeping Dinar Kulim dan sekeping goldbar utk dipajak. Nampaknya, goldbar tersebut diterima kerana beliau pernah melihat dan memprosesnya sebelum ini. Namun, bagaimana pula dgn Dinar Kulim ni... Suspen wooo....

Pada mulanya, pegawai tersebut tidak begitu menerima kerana beliau sendiri belum pernah melihat. Tetapi, setelah diuji degan "densiti meter" beliau terbukti cukup berpuas hati dgn ketulenan Dinar Kulim tersebut dan sudah tentu bacaan 22K yg dapat diperolehi tadi. Sekurang2nya ia membuktikan kpd orang ramai bahawa ketulenan Dinar Kulim tidak boleh disangkalkan lagi.

Sebelum proses dilakukan, saya telah bertanya tentang prosedur2 dan harga yg digunapakai oleh ARBI. Pihak ARBI mengatakan mereka mempunyai harga sendiri dan tidak di"publish" lagi di mana2 pada waktu ini. Pada asasnya mereka mengambil kira harga semasa, tetapi berdasarkan harga "used gold". Wah...!!! ini lagi menarik dan mari kita lihat kadar caj dan lain2 lagi.


a. Margin Pinjaman adalah drp 60 sehingga 70% dan pemegang akaun Bank Islam akan mendapat "extra" 10% menjadikan 80%.....!!!

b. Upah simpan (Bulanan) : (Nilai Marhun)
i. rm 0.60 sehingga rm 500
ii. rm 0.70 sehingga rm 2500
iii. rm 0.80 melebihi rm 2500

c. Gadaian adalah selama 6 bulan dan boleh di sambung lagi selama 6 bulan.
Jika dalam masa 9 bulan penggadai tidak membayar upah simpan @ tebus ARBI berhak melelong barangan gadaian tsb.

d. Gadaian dilindungi oleh takaful (ini saya tidak dapat maklumat lanjut)

[Gambar: ar+rahn+Bank+islam+resit.jpg]
Daripada resit di atas, maklumat yg saya perolehi ialah:
1. Berat goldbar 20.01 gm dan Dinar Kulim 4.27 gm (24.28 gm)
2. Nilai Marhun: RM 2913.11
3. Upah simpan: RM 26.67 / bulan
4. Pinjaman: RM 2000
Jika di buat kiraan:
1. Margin pinjaman saya ialah : 68.65 %
2. Harga yg diambil lbh kurang RM 120 / gm
3. Kadar upah simpan : 0.916 ( mungkin ada kiraan lain yg tidak dinyatakan * takaful ??*

Kesimpulan:

Ada kelebihan dan kekurangan ARBI ini drp kaca mata dan pemerhatian saya. Antara kelebihannya :
1. ia dapat menerima jongkong emas atau syiling yg mana tidak diterima oleh Ar Rahnu Bank Rakyat.
2. Harga yg diambil rendah berpandukan harga "usedgold" dapat mengurangkan kadar upah simpan yg tinggi dan kiraan semasa lelong nanti akan mempunyai spread yg rendah di mana penggadai tidak akan rugi banyak selain tolak kos pengurusan.

Antara kekurangan perkhidmatan ARBI :
1. tidak mempunyai harga yg boleh dirujuk oleh penggadai.
2. Cara pengiraan kos margin dan upah simpan agak tidak konsisten (perlu penerangan lanjut)
3. Tidak dikategorikan "karat" emas tertentu di mana satu kadar yg diguna pakai

Namun begitu, berkemungkinan ARBI masih baru dlm dunia dan urusan Ar-Rahn ini,tetapi ada kelebihan yg patut di ambil contoh dan di manfaatkan oleh pengguna. Jadi, berhemah lah dlm urusan pajak dan gadai ini supaya tidak membebankan kita di suatu masa nanti. Jika ada apa2 masalah, rujuklah kpd rakan2 yg lebih mengetahui di tempat yg berdekatan dgn anda. Kami di Sax-Gold Ent dan DinarGold Ent sedia membantu anda secara percuma..... :)



* Fakta adalah atas dar pengiraan penulis sendiri krn tidak ada bahan rujukan @ sumber yg dapat diambil melainkan resit gadaian tersebut yg mengandungi syarat2 dan prosedur2.
petikan: http://sax-gold.blogspot.com/
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 1 user says Thank You to hazyyati for this post:
ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN (21-02-2012 02:28 AM)
Post Reply 

2 users browsing this thread: (0 members, and 2 guests).

Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Lightbulb Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia = Dinar-Emas.COM 5 3,419 21-Feb-2012 02:26 AM
Last Post: ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN
[-]
Permissions Box
You cannot Post Threads.
You cannot Post Replies.
You cannot Post Attachments.
You cannot Edit Your Posts.
HTML is off
MyCode is on
Smilies is on
[img]-code is on

Lompat Ke Forum Lain:

World Islamic Mint

Locations of visitors to this page

We Accept Dinar

Takkan Dinar Hilang Di Dunia

Sticker Kereta


Beli Dinar Emas Anda
[Tutup]

Hubungi Kami | Takkan Dinar Hilang Di Dunia ® | Bumbung | Mukasurat Atas | Arkib Comel | Kiriman RSS | Usermap