Takkan Dinar Hilang Di Dunia

.Selamat kembali, {1}. Lawatan terakhir: {2}
Masa sekarang: 22-May-2012, 05:55 AM.


Nasihat Sheikh Imran Hosein
mentor
( www.Dinar-Emas.com )


PARAS AIR TASIK GALILEE
(live signal untuk umat ISLAM)


Nasihat Sheikh Imran Hosein
mentor
( www.Dinar-Emas.com )



Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia =
Masa sekarang: 22-May-2012, 05:55 AM
4 users browsing this thread: (0 members, and 4 guests).
4 users browsing this thread: (0 members, and 4 guests).
Author: Dinar-Emas.COM
Last Post: ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN
Replies 5
Views 3419
Salin Kod Dinar-Emas
Tampal Di Website-Anda

Dinar-Emas.COM


Kedudukan Pelawat
Locations of visitors to this page

Pengunjung Terkini

Pengintip Dinar Emas
 

Harga = 1.00 Gram
Harga Emas

Harga = 1.00 Ounce
Harga Emas

Harga = 1.00 Kilogram
Harga Emas

Waktu Sekarang

99 Nama Allah

Kalender Islam Hijrah

Bantuan Gaza
Bantuan Gaza

Pelawat Hari Ini
free counters

Page:
Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 53 Votes - 3.45 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia =
 
Share  
27-Mar-2010, 08:37 AM (Kiriman ini pernah disunting: 24-Jun-2010 10:02 AM oleh Dinar-Emas.COM.)
Kiriman: #1
Lightbulb Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia =
Agro Bank Malaysia
dulu ---> (Bank Pertanian Malayia)
Melancarkan Pakej
=Al-Rahnu Pajak Gadai=


   



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Apa khabar semua pembaca?

Kepada mereka yang ingin memajak (emas) selain dari kedai-kedai tepi jalan ataupun selain dari Bank Rakyat,
terdapat berita baru minggu ini,
iaitu Agro Bank menyediakan Pajak Gadai Cara Islam = Al-Rahnu

Ini kerana Agrobank merupakan salah 1 pilihan bagi pedagang / pembeli emas yang hendak menggadaikan jongkong emas dan dinar emas.

Takkan DINAR Hilang Di Dunia ® Sukanya

[Gambar: banner8.gif] [Gambar: banner9.gif]
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 1 user says Thank You to Dinar-Emas.COM for this post:
asmah (24-06-2010 10:33 AM)
Tukaran Matawang Asing
27-Mar-2010, 08:45 AM (Kiriman ini pernah disunting: 24-Jun-2010 10:03 AM oleh Dinar-Emas.COM.)
Kiriman: #2
Information RE: Pajak Gadai Agro Bank ~ Malaysia
Mari Kita Lihat
Pengalaman
Saudara Syukor
(baca teks di bawah)

   



Teks Dipetik Dari Laman Rasmi Jutawanemas.Com
(sebagai rujukan seluruh insan di Nusantara)

========================================================

Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?


Pada 4/3/2010 saya telah menggadaikan jongkong emas dan dinar emas Public Gold di Ar-Rahnu Agrobank Jalan Hang Tuah, Melaka:


Ia termasuk:

- 3 keping jongkong emas 20 gram Public Gold
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (5 Dinar)
- sekeping Dinar Emas Public Dinar (10 dinar)

Tujuan saya menggadaikan produk-produk ini ialah:

1. Untuk melihat samada berat dan ketulenan produk Public Gold adalah tepat
2. Untuk mendapat sedikit modal dan rolling untuk business saya
3. Mendapat info lengkap tentang cara-cara menggadai di Agrobank
4. Melihat samada jongkong emas dan dinar diterima oleh Ar-Rahnu Agrobank.

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:

1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Resit pembelian
4. Kad pengenalan pemajak.

20gram

Jongkong emas Public Gold 20 gram

tn_5dinar_10_Dinar
5 dinar dan 10 dinar

Keputusan ujian ketulenan dan berat emas Public Gold.

Setelah ujian berat dan ketulenan dijalankan. Kesemua jongkong emas dan dinar emas Public Gold mempunyai berat dan ketulenan seperti di dalam certificate.

Best :)

5_dinar_berat
Berat 5 Dinar – tepat

10_dinar_berat
Berat 10 dinar – tepat


20gram_berat
Berat 20 gram x 3 keping – tepat

Surat pajak Ar-Rahnu Agro bank.


Ini adalah contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank.

tn_20gram_x_3pcs

Pengiraan.


Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.

Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.

Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.

Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:


Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram

Jadi, 60 gram x RM118.20 = RM7092 –> (ini adalah nilai emas)

Nilai pinjaman = 65% x RM7092
= RM4609.80 – dibundarkan kepada RM4600.00

Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00


Pengiraan upah simpan.

Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu



Margin pinjaman

Upah simpan sebulan

50% ke bawah RM0.50 / 100
50.1% sehingga 60% RM0.60 / 100
60.1% sehingga 70% RM0.75 / 100

Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:

(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14

Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14

Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.

No problem.


Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.

Bagaimana cara menebus kembali emas anda?


Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.

Mudah saja :)

Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.


Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:

1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.

Kesimpulan.


1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
dan dinar. Tapi anda kena check dan tanya (klik sini untuk maklumat)

Ok then.. selamat membuat pelaburan emas :)


Takkan DINAR Hilang Di Dunia ® Sukanya

[Gambar: banner8.gif] [Gambar: banner9.gif]
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 2 users say Thank You to Dinar-Emas.COM for this post:
asmah (24-06-2010 10:33 AM), ALIF FIRDAUS BIN JALALUDIN (21-02-2012 02:26 AM)
07-Apr-2010, 12:19 AM
Kiriman: #3
RE: Pajak Gadai Agro Bank ~ Malaysia
ni perkara baik ni selain bank rakyat kita leh pergi Agro Bank plak...Tepuk Tangan
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 1 user says Thank You to saloma for this post:
asmah (24-06-2010 10:32 AM)
24-Jun-2010, 10:32 AM
Kiriman: #4
RE: Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia =
ni berita sangat baik. leh pajak dinar yang dah de ni kalau tengah sesak duit.
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
19-Aug-2011, 12:15 PM
Kiriman: #5
RE: Pajak Gadai Cara Islam = Agro Bank ~ Malaysia =
saya ade gold bar 20g poh kong...kalau pajak kat arrahnu adakah dia akan bukak bekas plastik emas tu? kedai poh kong ckp kalau bukak plastik tu harga turun... - 25%
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
Page:
Post Reply 

4 users browsing this thread: (0 members, and 4 guests).

Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Information Pajak Gadai Bank Islam Malaysia hazyyati 1 1,859 07-Aug-2010 10:35 AM
Last Post: hazyyati
[-]
Permissions Box
You cannot Post Threads.
You cannot Post Replies.
You cannot Post Attachments.
You cannot Edit Your Posts.
HTML is off
MyCode is on
Smilies is on
[img]-code is on

Lompat Ke Forum Lain:

World Islamic Mint

Locations of visitors to this page

We Accept Dinar

Takkan Dinar Hilang Di Dunia

Sticker Kereta


Beli Dinar Emas Anda
[Tutup]

Hubungi Kami | Takkan Dinar Hilang Di Dunia ® | Bumbung | Mukasurat Atas | Arkib Comel | Kiriman RSS | Usermap