|
RE: Rahsia_1 : DINAR & DIRHAM ( Matawang 1 Dunia )
Asslamaualaikum.
Hai orang-orang yang beriman,
bertaqwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman.
Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba)
maka ketahuilah bahwa Allah dan Rasulnya akan memerangimu.
Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba),
maka bagimu pokok hartamu;
kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.
Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesukaran,
maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan.
Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah.
Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya.
Al-Quran Surah Al-Baqarah: Ayat 278 ~ 281
Daripada surah diatas cuba kita perhatikan pada ayat yang diwarnkan merah. Kita disuruh perbanyakkan sedekah dan memberi secara percuma. Pada hemat saya ini adalah salah satu kekuatan umat yang kurang diamalkan.
Menggunakan dinar semata-mata belum tentu akan menghapuskan sistem riba. Ini kerana harga emas dan perak juga ditentukan oleh permintaan dan penawaran pasaran. Lihat sahajalah harga emas, ia boleh jatuh dan boleh naik. Jangan lupa bahawa untuk dapatkan dinar emas kita kena bayar dengan wang kertas. Jikalau kita mengatakan wang kertas itu tidak berguna kerana ada unsur riba, jadi mengapa kita perlu dapatkan emas dengan bayaran menggunakan wang kertas juga? Orang yang menerima wang kertas dengan menjual dinar emas ini pula ingin buat apa dengan wang kertas tu? Adakah orang ini memnag ingin menerima sampah wang kertas dan dengan begitu baik pula memberikan emas kepada orang lain? Adakah orang yang terima wang kertas ini akan bakar sahaja wang kertas yang diterima? Saya rasa tidak. Sudah tentu orang ini inginkan keuntungan dengan menjual emas sebenarnya.
Fikirkan sahaja tentang pengurusan menhasilkan dinar emas. Jika kita hapuskan wang kertas dan gantikan dengan dinar emas, berapa banyak pula emas yang perlu kita keluarkan daripada perut bumi
untuk menghasilkan dinar emas? Bagaimana pula jika sesetengah negara atau negeri itu mempunyai banyak emas berbanding negeri lain?
Yang menjadi unsur riba pada wang kertas itu adalah kerana adanya unsur bunga. Begitu juga jikalau dinar emas dilaksanakan dengan kadar bunga, maka unsur riba juga tetap ada.
Pada saya riba itu terjadi kerana kita mengambil sesuatu lebih daripada apa yang kita beri. Contohnya bank, beri pinjaman RM 1000 tetapi kena bayar balik RM1100. Apa yang agama kita anjurkan ialah supaya kita lebih banyak memberi daripada menerima. Jika semua orang didunia ini lebih banyak memberi daripada menerima, insyallah, Dunia akan aman. Perhatikan apa yang dilakukan oleh para anbia dan para salehin yang terdahulu. Mereka lebih banyak memberi daripada menerima.
Tetapi hari ini boleh dikatakan hampir semua kita lebih banyak mengambil sesuatu daripada memberikan sesuatu. Dan putaran ganas ini terus berlaku. Itu sebabnya kita dapati dunia kita hari ini lebih maju tetapi lebih banyak pula masalah sosial yang timbul.
Nampaknya memangn sukar untuk kita melepaskan diri daripada benedictine order.
|