JAKARTA:
Dibimbing seorang mualaf keturunan
Scotland,
sekumpulan Muslim Indonesia kini menghindar wang kertas 'tidak bernilai' dan sebaliknya menggunakan wang syiling emas serta perak bagi urusniaga harian.
Pengikut Sheikh Abdalqadir as-Sufi -
yang dilahirkan sebagai Ian Dallas -
berurusniaga barangan seperti makanan, perubatan, pakaian dan kad telefon menggunakan dinar emas dan dirham perak,
yang dikatakan sejajar dengan pentafsiran ketat undang-undang Islam.
Pandangan antimoden kumpulan itu kelihatan tidak begitu sejajar dengan kehidupan kapitalisme Jakarta,
pusat kewangan dan politik salah sebuah ekonomi yang sedang berkembang pantas di dunia.
Quote:'Sejarah membuktikan sejak (zaman) Nabi Muhammad nilai 1 dinar emas sejak beribu tahun lamanya masih sama dengan nilai 1 ekor kambing,'
kata Cik Kurniawati,
seorang pegerai di selatan Jakarta.
Sheikh Abdalqadir,
bekas penulis skrip dan pelakon yang memeluk Islam lewat 1960-an, menentang keras sistem kapitalisme moden dan menggesa kembali kepada bentuk undang-undang Islam yang diamal generasi Muslim pertama selepas Nabi Muhammad saw.
Dengan harapan mencontohi sunah Nabi Muhammad saw dan sahabat baginda, pengikut Sheikh Abdalqadir membeli-belah menggunakan dirham berjumlah kira- kira 30,000 rupiah ($4.53) dan dinar bernilai 1.43 juta rupiah.
Kini mereka mahu pemerintah Indonesia - atau lebih baik lagi pemerintahan Islam seluruh dunia - menggantikan wang kertas dengan dinar yang, menurut kata-kata Sheikh Abdalqadir,
digunakan 'sehinggalah serangan mendadak ahli kewangan kafir di negara-negara Islam'.