ذهاب
Arab = Zahab
Melayu = Emas
Inggeris = Gold
Perkataan "EMAS" dalam Al-Quran
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua...
Tahniah kerana anda berjaya menjumpai laman forum yang padat dengan maklumat ini.
Kami dari warga kerja
DINAR-EMAS.COM telah mewujudkan 1 komuniti khas dengan sengaja atas tujuan untuk menyatupadukan seluruh warga Nusantara berkenaan dengan peri pentingnya men
DAULATkan kembali penggunaan
DINAR & DIRHAM kepada masyarakat dunia pada umumnya dan pada warga Nusantara khususnya.
Tuan-tuan & puan-puan sekalian,
tahukah anda,
perkataan
EMAS 
banyak disebut di dalam kitab suci
Al-Quran,
semua wahyu-wahyu terakhir kepada makhluk manusia & makhluk jin telah selamat & sempurna diturunkan sejak 1400 tahun lepas,
begitu sempurnanya seni wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad melalui malaikat Jibril itu.
Semakin menariknya,
perkataan
EMAS itu sendiri telah hadir berulang-ulang kali di dalam wahyu-wahyu suci yang telah dikitabkan menjadi nama Al-Quran.
Dan yang semakin indahnya ialah,
perkataan
EMAS di dalam sesetengah ayat
Al-Quran ini terdapat pada 6 Surah terhebat pada ayat-ayat tertentu.
Dan setiap kali keluarnya perkataan
EMAS,
pasti ada pasangan di sebelahnya,
dan pasangan
EMAS yang dimuliakan dalam Al-Quran ialah:
Quote:- emas ~ bumi
- emas ~ perak
- emas ~ sutera
- emas ~ mutiara
- emas ~ piala cawan
- emas ~ gelang tangan
Mari kita lihat petikan-petikan ayat-ayat suci ini.
Dan ayat-ayat ini ditujukan kepada makhluk-makhluk "berakal" supaya terus berfikir dengan membawa kesan baik pada diri masing-masing,
supaya dengan mudah-mudahan...
makhluk (manusia & jin) yang membaca petikan ayat suci di bawah ini tergerak hatinya untuk
"MEMBENARKAN" apa yang diajarkan dalam
Al-Quran,
dan
"MEMBENARKAN" apa yang bakal terjadi dalam masa terdekat ini,
dengan tanda-tanda alam sekitar di sekeliling kita ini,
berdasarkan semua sumber Hadis Sahih yang sempat direkodkan dalam pelbagai salinan untuk tatapan umat akhir zaman,
iaitu kitalah umat yang dimaksudkan itu.
Quote:"Sesuatu umat itu tidak dapat mendahului tempohnya yang telah ditentukan,
dan mereka juga tidak dapat mengundurkannya."
Kitab Al-Quran,
Surah Al-Hijr,
Ayat 5
Maklumat lanjut tentang ceramah tanda-tanda akhir zaman oleh Sheikh Imran Hosein
---> rujuk carian di
VIDEO DINAR-EMAS
Setiap Muslimin sepatutnya
- sudah membaca
- sudah menonton
- atau mengenali tanda-tanda ini
kerana kita benar-benar sudah pun berada di ambang permulaannya.
Wassalam.
= Dinar-Emas.COM =