Takkan Dinar Hilang Di Dunia

.Selamat kembali, {1}. Lawatan terakhir: {2}
Masa sekarang: 18-May-2012, 07:03 PM.
LAMAN SOSIAL SEDUNIA FACEBOOK
Dinar-Emas.COM

pemimpin yg pernah menghina islam
Masa sekarang: 18-May-2012, 07:03 PM
1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).

Author: hi11man
Last Post: berita_dinar
Replies 12
Views 2921
Salin Kod Dinar-Emas
Tampal Di Website-Anda

Dinar-Emas.COM

Kedudukan Pelawat
Locations of visitors to this page

Pengunjung Terkini

Pengintip Dinar Emas
 
Harga = 1.00 Gram
Harga Emas

Harga = 1.00 Ounce
Harga Emas

Harga = 1.00 Kilogram
Harga Emas

Waktu Sekarang

99 Nama Allah

Kalender Islam Hijrah

Bantuan Gaza
Bantuan Gaza

Pelawat Hari Ini
free counters

Page:
Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 35 Votes - 2.6 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
pemimpin yg pernah menghina islam
 
Share  
11-Dec-2011, 04:06 AM
Kiriman: #11
RE: pemimpin yg pernah menghina islam
Assalaamualaikum.

Mestikah kita keji orang yg merempat ditepi jalan, pada zahirnya kotor tubuh badan serta berjuadah dengan sisa makanan orang? Walhal dia adalah seorang wali allah...

Tahukah kita akan isi perut seseorang walaupun pada zahirnya ia berpakaian warak? Walhal dia adalah seorang penyangak menipu orang...

Yakinkah orang-orang yg taat mengerjakan rukun2 islam masuk kesurga? Walhal dia suka mengumpat (bercerita hal aiban orang, dan kalau tidak benar mejadi fitnah pula)...

Tahukah kita tindak tanduk sebenar Tun semasa pemerintahan dia dulu? Kalau sebegitu corak kepimpinam Tun, itu sudah menjadi penentuan Allah. Hanya Allah yang tahu dan dialah yg maha perancang dan menentukan segala2nya. Baik buruk kita semua akan diadili di mahkamah Allah nanti.

Saya tidak memihak mana2 pihak, hanya hendak memberi satu peringatan yang amat penting sekali, jgnlah kita hancurkan segala amal ibadah dan pahala kita kerana mulut dan pemikiranyg pendek.

Tentu ada sebab Allah jadikan neraka tambahan, Neraka Wail, yg dikhaskan untuk orang2 yang bersembahyang.

Diakhiri dgn memohon ampundan maaf sekira tersinggung perasaan mana2 pihak.

Wassalam
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
Tukaran Matawang Asing
29-Feb-2012, 12:22 PM
Kiriman: #12
Tongue RE: pemimpin yg pernah menghina islam
assalamualaikum
minta maaf jika ada salah dan silap dan saya sudi menerima nasihat atau teguran jika melakukan kesilapan
disini saya ingin berkongsi video pada menyatakan jawapan mahathir apabila ditanya tentang hukum hudud

http://youtu.be/u58qZin5qRc

transkrip penuh soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan olehTun Mahathir Mohammad

SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.

Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohammad :

Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.

Sebab itu sebelum kita nak laksanakan sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita . Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham , kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham . Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil.

Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil . Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama , ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam shj , orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah. Mencuri umpanya , apabila kita hukum mereka , yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan . Kalau kita tanya pada diri kita , apakah ini adil ?

Adilkah orang Islam putus tangan , orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas, ADILKAH ? Kalau jawapannya TIDAK ADIL, maknanya dia bukan islam. Dalam Islam hukuman mesti adil.

Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya, sebenarnya dalam surah An-Nisa, tak ada hukuman yang di ... apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol , dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan ...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi , apabila dia membuat tuduhan, tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri , dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali.

Kemudian, jika dianya hamil , melahirkan anak, maka , dia dituduh pula berzina . dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina , ini tiada dalam quran , tapi ahli feqah kata , rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh , perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi , ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini .

Kerana kita berpendapat, kalau hukuman ini kalau berat kita ni Islam , tak benar. Dalam Quran , kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham , kita akan dapati kalau hendak dihukum, hukumlah dengan adil , yang utama ialah ADIL , bukan soal saksi , bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan .

Sebab itu mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud, mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi ianya ialah ciptaan mereka sendiri dan kita tak dapat terima . TERIMA KASIH

setiap orang ada pendapat yang berbeza tentang isu ini.
tapi bagi saya, mahathir telah melakukan kesilapan yang besar. apa yang saya takutkan ialah beliau merupakan seorang yg dikagumi ramai jd tidak tidak hairanlah jika ada yg mempertahankan beliau.
saya mendoakan beliau diberi hidayah dan petunjuk dan sedar akan kesilapannya
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
04-Mar-2012, 11:53 PM (Kiriman ini pernah disunting: 04-Mar-2012 11:57 PM oleh berita_dinar.)
Kiriman: #13
RE: pemimpin yg pernah menghina islam
(29-Feb-2012 12:22 PM)hi11man Tulisannya:  assalamualaikum

berhentilah menyebarkan keburukan manusia lain...
nak tahu sebab apa wahai saudara ?
akibat menyebarkan keburukan manusia lain tanpa pengetahuan manusia itu...
manusia itu mendapat semua kebaikan yang anda usahakan...
dan semua kebaikan yang pernah anda buat, 1 pun tidak anda perolehi untuk diri anda di akhirat.
Taubat seorang manusia kalau dia nasuha, Allah pasti terima.
fikir2kan apa jasa anda sebagai penghebah kejahatan manusia itu,
sedangkan sejahat2 manusia itu pun masih ada menyumbang kepada kebaikan manusia lain.

Dr Mahathir ada kebaikan dan keburukan...
setiap umpatan anda akan anda tanggung sampai lah ke akhirat...
dan pertukaran barter pahala di hadapan Allah akan beliau tuntut pada anda sebagai penghebah keburukan.
Kenapa anda mempunyai nilai kejahatan yang sangat tinggi kepada Dr. Mahathir,
sedangkan anda mempunyai pilihan untuk menghebahkan kebaikan dia DENGAN CARA....
DENGAN CARA MENASIHATI SEMUA KEBURUKAN DIA.

Dr. Mahathir semakin tua, dia bila2 masa sahaja boleh meninggal dunia.
Dia mungkin ada kesilapan melalui kata2 sahaja,
tetapi anda sebagai tukang umpat dan tukang menghebahkan keburukannya,
akan merasa azab sampailah anda mati,
kerana anda memikul dosa mengumpat dia,
sedangkan ANDA TIADA PELUANG UNTUK MEMOHON MAAF dari Dr. Mahathir.
Dosa antara manusia dengan Allah, Allah boleh ampunkan.
Dosa antara manusia dan manusia, kalau tak seetle di dunia, SAMBUNG DI AKHIRAT.

Tahniah le wahai penyebar2 keburukan...
Ada 2 pilihan untuk anda buat...
1, menasihatinya dengan berhadapan dengannya tanpa perlu pun anda buat dosa...
2, anda mengumpat dia, dan dia pula tak kenal anda, TANGGUNGLA DOSA....
(setiap kata2 anda yang dicatat di alam maya ADALAH ASBAB ANDA PASTI DISEKSA DALAM KUBUR.)

Nak bukti ?
tunggi bila anda dah mati nanti...
nak buktikan saya salah ? silakan...
ISLAM tak ajar memburukkan saudaranya sendiri...
selagi anda tak mencintai saudara anda, anda belum lah lagi sempurna iman...
sia2 lah anda dilahirkan oleh ibu anda kalau hati fikiran anda telah di-CHANNEL
hanya untuk mencari keburukan pemimpin dan menghebahkannya tanpa sedikit pun membantu sesiapa pun, bahkan anda telah menzalimi diri anda sendiri, dan membantu ramai manusia memandang buruk saudara seislam anda.
Wallahulam.

Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
Page:
Post Reply 

1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
[-]
Permissions Box
You cannot Post Threads.
You cannot Post Replies.
You cannot Post Attachments.
You cannot Edit Your Posts.
HTML is off
MyCode is on
Smilies is on
[img]-code is on

Lompat Ke Forum Lain:

World Islamic Mint

Locations of visitors to this page

We Accept Dinar

Takkan Dinar Hilang Di Dunia

Sticker Kereta

Beli Dinar Emas Anda
[Tutup]

Hubungi Kami | Takkan Dinar Hilang Di Dunia ® | Bumbung | Mukasurat Atas | Arkib Comel | Kiriman RSS | Usermap