Takkan Dinar Hilang Di Dunia

.Selamat kembali, {1}. Lawatan terakhir: {2}
Masa sekarang: 18-May-2012, 06:59 PM.
Pesanan Penaja & Iklan Anda
( IKLAN MURAH )
Iklankan Produk Anda


Rahsia_4: Tiang Perniagaan Islam
Masa sekarang: 18-May-2012, 06:59 PM
1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
Author: Dinar-Emas.COM
Last Post: Dinar-Emas.COM
Replies 2
Views 13226
Salin Kod Dinar-Emas
Tampal Di Website-Anda

Dinar-Emas.COM


Kedudukan Pelawat
Locations of visitors to this page

Pengunjung Terkini

Pengintip Dinar Emas
 

Harga = 1.00 Gram
Harga Emas

Harga = 1.00 Ounce
Harga Emas

Harga = 1.00 Kilogram
Harga Emas

Waktu Sekarang

99 Nama Allah

Kalender Islam Hijrah

Bantuan Gaza
Bantuan Gaza

Pelawat Hari Ini
free counters

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 38 Votes - 3.03 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rahsia_4: Tiang Perniagaan Islam
 
Share  
03-May-2010, 02:40 AM (Kiriman ini pernah disunting: 06-Jul-2010 01:06 AM oleh Dinar-Emas.COM.)
Kiriman: #1
Thumbs Up Rahsia_4: Tiang Perniagaan Islam
5
Tiang
Perniagaan
Islam
PaidPaidPaid
[Gambar: 1J3TD00Z.jpg]

Assalamualaikum kepada semua pengunjung dan pembaca dan penggiat dan pengedar Dinar Emas.
Nampaknya kehadiran warga-warga dari Indonesia dan Malaysia merancakkan lagi sesi pengenalan dan sesi edaran Dinar Emas,
samada dalam bentuk edaran online,
mahupun dalam bentuk edaran offline,
terima kasih juga diucapkan kepada golongan-golongan anak muda yang begitu tinggi semangat juangnya memperkenalkan penggunaan Dinar Emas kepada pnduduk tempatan dengan sesi seminar yang saban bulan dilakukan di masjid dan surau serta dewan-dewan masyarakat yang merentasi daerah dan negeri di seluruh Nusantara ini tidak mengira di negara manakah anda berada.

Salam sejahtera ke atas kamu semoga dengan limpah rahmat dari Yang Mulia Maha Pengasih Maha Penyayang,
maka bertambah lagi pengetahuan kita berkenaan dengan peri pentingnya mengenal kembali penggunaan matawang Dinar & matawang Dirham sebagai alat pertukaran urusniaga yang akan digunakan secara rasmi tak lama sahaja lagi.
Langkah yang ke 1000 tidak menjadi tanpa permulaan langkah 1 bukan ?
Tetamu tak mungkin masuk ke dalam rumah tanpa membuka pintunya...

Topik pada kali ini pihak Dinar-Emas.COM ingin mendedahkan tentang 5 unsur utama untuk menDAULATkan kembali penggunaan matawang logam ini kepada masyarakat Nusantara yang fasih berbahasa MELAYU untuk membangkitkan auranya,
yang nampak gayanya telah diusahakan dengan pantas oleh ramai anak2 rumpun Nusantara dari Indonesia & Malaysia.
Mari kita mulakan...

[Gambar: empireoffaith.jpg]
1. DINAR EMAS DAN DIRHAM PERAK
Sejarah dunia mencatatkan pada 1400 tahun yang lepas,
iaitu ketika Nabi Muhammad tiba di Madinah,
pada tarikh 12 Rabiul Awal tahun 1 Hijrah,
baginda memanfaatkan kebijaksanaan IQ anugerah Allah merangkap pangkatnya sebagai Nabi yang menyandang pula status Rasul,
maka terhasillah 3 ilham agung iaitu...
Sukanya dengan IQ baginda yang pertama Sukanya
beliau menetapkan 1 tempat untuk didirikan bangunan Masjid,
maka dengan cadangan yang mengasyikkan itu,
maka terbinalah masjid agung (ketiga terbesar manfaat di dunia) yang dinamakan pada hari ini dengan nama (Masjid Nabawi).
Sukanya Kemudian dengan menggunakan IQ keduanya Sukanya
Nabi Muhammad memberi idea pusat membeli belah serta tukar barang,
lalu didirikan pasaraya dengan gelaran Baqi al Zubair.
Sukanya Kemudian dengan menggunakan IQ ketiganya Sukanya
Nabi Muhammad menetapkan perkara berikut:
Quote:- sukatan barangan
- timbangan produk jualan
- tukaran barangan komersial
- dan dengan bijaknya, menetapkan standard Dirham dan Dinar.

Matawang yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad pada bulan ke 8 tahun 1 Hijrah,
adalah:
1) Dinar cetakan Hiraklius untuk 1 mitsqal (1 Dinar = 4.250 gram emas, jenis 22 karat)
2) Dirham Nabawi 14 qirat (1 dirham = 2.975 gram, jenis 24 karat)

[Gambar: farmers-market-photo.jpg]
2. PASAR ISLAM
Nabi Muhammad memerintahkan dengan tegas bahwa kedudukan pasaraya merupakan tempat yang bebas dimasuki oleh semua orang,
siapa datang awal dia dapat tempat pilihan untuk berniaga,
tanpa ada pembahagian seperti kedai jalanan dan tidak terdapat juga bayaran sewa yang membebankan,
inilah antara rahsia yang perlu umat akir zaman mengetahui bahawasanya inilah corak perniagaan di zaman Nabi Muhammad,
kerana untuk pengetahuan anda semua,
Nabi Muhammad di waktu mudanya seorang usahawan terbilang yang paling dipercayai,
pandai dalam hal perniagaan sehingga mendatangkan untung besar kepada empayar perniagaan Khadijah yang akhirnya menawan hati perempuan ini untuk menjadikan Muhammad sebagai suaminya,
dan anda kena faham,
Nabi Muhammad itu tak pandai membaca tapi kenapa dia pandai berniaga ?
Ya...
lazimnya orang yang buta huruf akan dikurniakan kecerdasan akal untuk hafalan,
ingatan Nabi Muhammad di kala muda ibarat memori kad,
dengan ingatannya yang kuat itu ditambahi sifatnya yang jujur dalam berniaga,
maka beliau digelar Al-Amin.

Para peniaga produk-produk di pasaraya di Madinah diwajibkan mengetahui tentang hukum riba dan fiqih dagang.
Untuk mengawasi pasaraya agar tidak terjadi khianat dan menyimpang seperti barang haram,
kurangnya timbangan,
sumpah palsu,
penipuan untuk mengaut untung,
lebihan longgokan,
manipulasi harga dan lain-lain,
maka diangkatlah Muhtasib (pengawas pasaraya)
hari ini kita panggil dia "Polis Ronda"
Nabi Muhammad memang bijak...
Rahmat sekalian alam.

[Gambar: pd1173776.jpg]
3. KENDERAAN PEDAGANG (membawa stok-stok jualan)
Sepanjang sejarah perkembangan ekonomi tamadun Islam,
para pedagang selalu bergerak bebas,
baik pedagang yang suka import atau pedagang yang suka export,
secara bersendiri ataupun dalam kafilah-kafilah dagang
Quote:(dengan unta, keldai, kuda, gajah) = zaman nabi Muhammad
(dengan lori, van, kapal laut, kapal terbang) = zaman kita hari ini
ini berlaku dengan keadaan di mana,
pergerakan pedagang dari 1 pasaraya di mukim daerah ini ke pasaraya di mukim daerah sana,
Bahkan,
pasaraya-pasaraya itu pun selalu bergerak melalui nama timangannya seperti nama popular ini iaitu:
Quote:- suq al-ahad di Damaskus,
- suq al-thalatha di Baghdad,
- suq al-arba'a di Maswil,
- suq al-khamis di Fez
- dan Marakesh.

[Gambar: camel_caravan.jpg]

Ciri Pasaraya Islam yang paling terkenal adalah "Kenderaan Kargo",
sesebuah "Kenderaan Kargo" tidak akan ada tanpa tempat untuk berdagang.
Pasaraya adalah permata untuk setiap kota Islam.
Dengan adanya pasaraya ini,
ekonomi berkembang pesat sehinggakan si miskin pun segan meminta sedekah,
buktinya ialah apabila kedengaran sahaja laungan azan,
urusan jual beli ditinggalkan begitu sahaja di atas meja tanpa risau akan kehilangan syiling emas dan syiling perak,
sudah pasti anda pernah mendengar cerita-cerita begini bukan ?
Setelah runtuhnya sistem Khalifah,
tata cara waqaf dari pasaraya hancur dan harta miliknya dijual.

Walaupun harta waqaf tidak dapat dijual,
tetapi sudah menjadi kebijakan dari penjajah kafir untuk menghancurkan waqaf secara senyap & tersusun tanpa disedari ramai orang.
Hasilnya adalah kelenyapan & pupusnya sistem Pasaraya Islam,
lumpuhnya perdagangan ekonomi,
dan secara rasminya juga lenyaplah sistem "Kenderaan Kargo".

Sistem "Kenderaan Kargo" tidak mampu lagi menghidupkan kembali kargo-kargo berunta,
tetapi wakil-wakil pedagang,
dengan kapal-kapal dagang di pelabuhan empayar Islam,
dengan peti kemas bergerak,
trak-trak kargo,
tidak lagi mampu berpindah dari 1 pasaraya terbuka ke pasaraya terbuka yang lainnya.

Yang paling bersifat turun menurun sistemnya ialah sistem "Kenderaan Kargo" mempunyai wataknya yang terbuka bagi setiap pelabur,
kesepakatan antara mereka dengan wakil pedagang masih tetap ada.
Maka,
sebuah "Kenderaan Kargo" boleh direka dengan berukuran kecil,
dengan nilai beberapa dirham saja,
atau sangat besar barang muatan kargonya,
dengan mencapai ribuan dinar.
Perkara ini dahulu wujud,
tapi pernahkan anda mendengarnya sebelum membacanya di sini ???

"Kenderaan Kargo" boleh melibatkan perjanjian dagang antara 2 orang (1 pedagang dan 1 pelabur) atau...
puluhan orang (1 wakil produk dan banyak pelabur).
Dalam sistem turun menurun nenek moyang,
kalau hendak dilihat dari jumlah unta yang terlibat dalam sebuah "Kenderaan Kargo" ,
maka di Mekah dahulunya mempunyai sebuah "Kenderaan Kargo" yang sememangnya terdiri dari puluhan ratusan kenderaan unta & kuda yang membawa produk-produk jualan,
bahkan ribuan ekor unta siap membawa produk di dalam "Kenderaan Kargo" ,
yang sememangnya pernah dialami sendiri oleh Nabi Muhammad ketika zaman mudanya menolong pakciknya berdagang ke Syam,
( Syam hari ini dinamakan Syria, negara yang bakal Nabi Isa turun ke bumi di akhir zaman nanti di daerah tertentu di sebuah menara di suatu masjid ketika saat Imam Mahdi ingin menunaikan solat Subuh).

[Gambar: iraq-camels.jpg]
Muhammad Haekal,
dalam bukunya Sejarah Hidup Muhammad Saw ,
menyebutkan bahwa nilai "Kenderaan Kargo" di daerah Mekah di zaman Nabi Muhammad mencapai nilai dagangan 250,000 syiling dinar emas setiap tahun.
Quote:Cuba fikir-fikirkan,
RM 550 x 250,000 keping siling emas = RM 137,500,000.00 (nilai dit kertas hari ini)
dan fikirkan lagi,
penduduk Mekah di zaman Nabi Muhammad tidaklah seramai hari ini,
tapi mampu mempunyai rekod jualan sehingga 137.5 juta Ringgit ???
sungguh bijak Nabi Muhammad,
sempurna sungguh sistem kewangan Islam iaitu Dinar & Dirham.

Amalan peniagaan yang dilakukan oleh warga Mekah ketika itu melibatkan pembiayaan "Kenderaan Kargo".
Quote:Sebagai contoh,
"Kenderaan Kargo" milik Usman bin Affan sendiri sahaja,
ketika tiba dari Syam pada seseatu kali,
berjumlah 1000 ekor unta.
1 "Kenderaan Kargo" miliknya sahaja,
adakalanya berangkat dengan 2000 ekor unta,
dengan muatan senilai 50,000 keping syiling dinar emas.

[Gambar: f.Pottery_for_sale_market_at_Zinder_Niger.jpg]
4. Pertubuhan Islam
Pertubuhan Islam merupakan oganisasi dari para pengeluar produk atau pekerja ahli.
Kita mulai dengan pekerjaan yang sudah terbukti ada dan kita ubah hubungan antara pegawai dan majikan.
Dalam Pertubuhan Islam,
majikan dalam perdagangan menerima beberapa orang untuk bekerja sehingga boleh membantu sekaligus untuk belajar berniaga,
hari ini kita sebut sebagai "francais".
Banyak rupanya rahsia Islam yang cuba Yahudi sembunyi bukan ?
Sempurna betul sistem kewangan Islam.


Hubungan ini lebih daripada sekadar gaji,
pekerja diajar untuk menjadi seorang majikan.
Ketika saatnya tiba,
majikan memberikan reputasinya,
dan memberi izin untuk menggunakan:
Quote:- peralatannya,
- pelanggannya,
- pengetahuannya,
- ruang kerjanya kepada pemagang atau sekelompok pemagang untuk mulai bekerja sendiri.

Jadi sistem kewangan Islam menghasilkan usaha baru tanpa si pedagang harus pergi dan meminjam untuk membeli peralatan,
ruang kerja,
menarik pelanggan,
promosi supaya dikenal, dll lagi.

Dengan sistem kewangan Islam seperti ini boleh berlaku dengan cepat apatah lagi menggandakan usahanya.
Pertubuhan Islam mendorong orang yang bekerja memberikan pemecahan kepada orang yang tidak bekerja dan melepaskan keperluan modal perniagaan.

[Gambar: uang-emas.jpg]
5. PERJANJIAN ISLAM

Merupakan sistem perdagangan yang digunabentuk untuk perjanjian yang sesuai dengan hukum syari’ah sehingga melindungi keadilan dalam hak dan kewajipan setiap pihak.
Kontrak atau perjanjian yang dilakukan dalam sebuah sistem "Kenderaan Kargo" adalah kontrak janji dagang qirad atau mudharabah.
Syarat pertama qirad adalah ia hanya sah dilakukan dalam dinar atau dirham,
bukan dalam bentuk lain.

Pembahagian keuntungan bergantung kepada kesepakatan dan kontrak qirad tidak mengenal batas waktu,
sepenuhnya berdasarkan pada kitaran perdagangan yang bersangkutan.
Perdagangan Islam menaikkan peradaban masyarakat dengan meningkatkan kemampuan orang-orang kepada potensi ekonomi mereka yang tertinggi,
menawarkan kemudahan yang sama pada setiap orang untuk memasuki jaringan perniagaan dalam keadaan seimbang dan adil.


[Gambar: muslmwor.gif]
Sehingga lah abad ke-15,
orang Islam yang digelar Muslim telah sepenuhnya menguasai perdagangan dunia.
Sejak saat itulah orang-orang kafir mulai mengambil alih dengan muslihat riba.
Sebagai umat Islam,
mari kita tegakkan kembali 5 Tiang Perniagaan Islam dan yang paling penting adalah mengembalikan berkat dan redho Allah !

Inilah apa yang anda patut tahu iaitu rahsia kenapa dunia ini berada dalam keadaan aman di bawah pemerintahan mulia pemimpin Islam,
lihat sahajalah Empayar Islam Melayu Melaka (tanah Melayu),
kaya dengan perdagangan maritim penuh dengan urusniaga wang emas selama melebihi 500 tahun kegemilangan dengan barangan-barangan dagangannya,
lihat lah pula Empayar Islam Andalusia (Sepanyol),
kekal bertahan sehingga 800 tahun sebelum kehadiran musuh oleh kafir yahudi oleh tangan-tangan Knight Templar.



Sambungan --->RAHSIA_1
Sambungan --->RAHSIA_2
Sambungan --->RAHSIA_3
Sambungan --->RAHSIA_4
Sambungan --->RAHSIA_5


Rahsia ke- 5 telah terbuka.
Wassalam.

[Gambar: Takkan%20Dinar%20Hilang%20Di%20Dunia.gif]

Takkan DINAR Hilang Di Dunia ® Sukanya

[Gambar: banner8.gif] [Gambar: banner9.gif]
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 2 users say Thank You to Dinar-Emas.COM for this post:
akhlaken (16-05-2010 02:12 PM), Umam Lotfie (25-04-2011 09:08 PM)
Tukaran Matawang Asing
16-May-2010, 02:13 PM
Kiriman: #2
RE: Rahsia_4: Tiang Perniagaan Islam
tak sangka betul...Alamak
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
19-Feb-2012, 06:15 PM
Kiriman: #3
RE: Rahsia_4: Tiang Perniagaan Islam
simpanlah emas sesegera mungkin sebelum terlambat.

Takkan DINAR Hilang Di Dunia ® Sukanya

[Gambar: banner8.gif] [Gambar: banner9.gif]
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
Post Reply 

1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
[-]
Permissions Box
You cannot Post Threads.
You cannot Post Replies.
You cannot Post Attachments.
You cannot Edit Your Posts.
HTML is off
MyCode is on
Smilies is on
[img]-code is on

Lompat Ke Forum Lain:

World Islamic Mint

Locations of visitors to this page

We Accept Dinar

Takkan Dinar Hilang Di Dunia

Sticker Kereta


Beli Dinar Emas Anda
[Tutup]

Hubungi Kami | Takkan Dinar Hilang Di Dunia ® | Bumbung | Mukasurat Atas | Arkib Comel | Kiriman RSS | Usermap