Takkan Dinar Hilang Di Dunia

.Selamat kembali, {1}. Lawatan terakhir: {2}
Masa sekarang: 18-May-2012, 06:52 PM.


Nasihat Sheikh Imran Hosein
mentor
( www.Dinar-Emas.com )


PARAS AIR TASIK GALILEE
(live signal untuk umat ISLAM)


Nasihat Sheikh Imran Hosein
mentor
( www.Dinar-Emas.com )



Tags: Mas Kahwin,
Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
Masa sekarang: 18-May-2012, 06:52 PM
1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).
Author: maskahwin
Last Post: maskahwin
Replies 4
Views 2603
Salin Kod Dinar-Emas
Tampal Di Website-Anda

Dinar-Emas.COM


Kedudukan Pelawat
Locations of visitors to this page

Pengunjung Terkini

Pengintip Dinar Emas
 

Harga = 1.00 Gram
Harga Emas

Harga = 1.00 Ounce
Harga Emas

Harga = 1.00 Kilogram
Harga Emas

Waktu Sekarang

99 Nama Allah

Kalender Islam Hijrah

Bantuan Gaza
Bantuan Gaza

Pelawat Hari Ini
free counters

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 31 Votes - 3.87 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
 
Share  
23-Apr-2010, 09:27 PM (Kiriman ini pernah disunting: 23-Apr-2010 09:33 PM oleh maskahwin.)
Kiriman: #1
Heart Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
Kenangan Dinar Emas
Sebagai
Mas Kahwin
( Selepas 6 Bulan )


   


Pada 27 Jun, 2009.
Pasangan Dang Suria dan Ad Samad selamat diijab kabulkan sebagai suami isteri yang sah.

HANYA dengan sekali lafaz,
pengacara rancangan Awani Pagi dan bekas pembaca berita TV3,
Dang Suria Zainordin, 37,
atau Dang Suria sah menjadi isteri kepada penulis lirik prolifik Ahmad Shah Adrian Samad, 40,
atau Ad Samad pada majlis pernikahan di rumah kakak pengantin perempuan di Kota Damansara pada Sabtu lalu.

Tepat jam 9 malam,
pasangan ini selamat dinikahkan Pengawai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kota Damansara, Petaling Jaya, Mohd Arip Johdi.

   

Pada majlis itu,
Ad Samad turut menyerahkan mas kahwin kepada Dang Suria berupa 1 dinar emas berserta hantaran lima dulang berbalas tujuh termasuk cincin perkahwinan disarungkan pasangan ini sewaktu majlis membatalkan air sembahyang.

Mempelai kelihatan manis dalam persalinan yang direka khas Putera dari Butik Cosry dan sebaik pernikahan selesai, diteruskan dengan majlis resepsi.
Majlis berlangsung dalam suasana ringkas, tetapi cukup meriah dengan dihadiri keluarga rapat dan sahabat handai.
Turut hadir Baharudin Omar atau lebih dikenali Anjang Aki yang bertindak sebagai wakil tuan rumah bagi memastikan majlis dapat dijalankan dengan lancar dengan disaksikan Datuk Aziz Sattar dan Datuk Ismail Hudson.

Tepuk TanganTepuk TanganTepuk Tangan


Fail Lampiran Gambar
   

Kepada kami anda perlu membeli Dinar Emas.
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
The following 1 user says Thank You to maskahwin for this post:
Dinar-Emas.COM (24-04-2010 12:07 PM)
Tukaran Matawang Asing
23-Apr-2010, 09:29 PM (Kiriman ini pernah disunting: 23-Apr-2010 09:35 PM oleh maskahwin.)
Kiriman: #2
Heart Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
   

Kelihatan juga rakan artis seperti M Nasir dan Marlia Musa, Mawi dan Ekin, komposer Aidit Alfian, Pacai, penulis lirik, Habsah Hassan, pengarah juga pelakon, Afdlin Shauki dan pengacara 999, Zakiah Anas.

Sewaktu ditemui sebaik majlis selesai, Dang Suria mahupun Ad Samad meluahkan rasa syukur kerana pernikahan dapat dilaksanakan seperti dirancang.

Kata Dang Suria, tiada apa yang lebih membahagiakan dirinya selain bergelar isteri kepada Ad Samad yang dikenalinya dengan lebih rapat sejak tujuh bulan lalu.

“Kami sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil dan pernah menjalin cinta.

“Bagaimanapun, ia terputus selepas Ad Samad berpindah dan kami bertemu kembali Januari lalu. Sejak itu, cinta yang terputus kembali terjalin,” katanya.

Bagaimanapun, pengalaman bernikah bukan kali pertama buat pasangan ini, malah mereka mempunyai cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.

Sudah tentu pernikahan yang dilangsungkan bukan saja menyatukan dua hati, tetapi juga dua keluarga.

Kini, tanggungjawab Dang Suria bukan saja menjadi ibu kepada anak tunggal perempuannya, Sara Kadeja, tetapi juga dua anak lelaki Ad Samad, Umar dan Hamzah.

Kata Dang Suria, dia sudah bertemu dengan kedua-dua anak lelaki Ad Samad beberapa kali sebelum mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

“Dalam hal ini, saya cuba mendidik anak-anak dengan cara positif. Dulu saya ada seorang anak perempuan, tetapi sekarang mempunyai dua cahaya mata lelaki.

“Sebelum berkahwin lagi, saya sudah jelaskan kepada Ad Samad bahawa saya bukan mahu menggantikan tempat ibu mereka, sebaliknya saya lebih senang mengambil pendekatan anak-anak adalah sahabat paling baik kepada ibu bapa mereka. Begitu jugalah cara saya mendidik Sara.

“Perkara ini sering saya katakan setiap kali bersiaran di rancangan Awani Pagi bahawa anak adalah khazanah paling berharga untuk mencerna masa depan dunia.

“Jadi apa yang berlaku pada masa hadapan adalah bergantung kepada bagaimana kita mendidik mereka.

“Begitupun, saya sedar tanggungjawab yang harus saya pikul ini tidak mudah dan keserasian tidak akan diperoleh dalam sekelip mata. Namun sebagai ibu kepada anak-anak kami, saya cuba lakukan yang terbaik,” katanya.

Mengenai perancangan selepas majlis pernikahan, kata Dang Suria, mereka tidak merancang untuk berbulan madu dalam waktu terdekat memandangkan masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Pada saya, dapat menggenggam erat tangan Ad Samad dan diijabkabulkan sebagai suami isteri sudah dianggap hadiah berharga dan bulan madu paling indah buat saya,” katanya.

Pasangan ini juga tidak terfikir untuk membesarkan keluarga dengan memiliki cahaya mata sendiri dalam waktu terdekat ini, sebaliknya menerima apa saja yang datang sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga.

Sementara itu, Ad Samad menjelaskan pertemuan semula selepas bertahun terpisah, membuatkan dia yakin bahawa Suria adalah wanita yang sudah ditentukan Tuhan untuknya dijadikan suri hidup.

“Ada yang berpendapat kami terlalu cepat mengambil keputusan ini (bernikah). Tambahan pula kami mula berkenalan sejak Januari lalu, tetapi pada saya itulah yang dikatakan jodoh.

“Hendak diikutkan, kami sudah mengenali antara satu sama lain sejak zaman remaja lagi, tetapi pertemuan semula ini boleh dianggap tempoh terbaik untuk menyelami hati masing-masing lebih mendalam sebelum kami bersetuju untuk bernikah,” katanya.

Ad Samad juga mengharapkan semua orang mendoakan rumah tangga dibina kali kedua ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kepada kami anda perlu membeli Dinar Emas.
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
16-May-2011, 12:02 AM
Kiriman: #3
RE: Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat,
lagi baik kesudahannya.
Surah An-Nisaa` ayat 4

Maskahwin = Dinar Emas

Kepada kami anda perlu membeli Dinar Emas.
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
03-Sep-2011, 01:42 PM
Kiriman: #4
RE: Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
tahniah... Sukatau
Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
19-Feb-2012, 06:32 PM
Kiriman: #5
RE: Dang Suria & Mas Kahwinnya ( Dinar Emas )
Kenangan Dinar Emas
Sebagai
Mas Kahwin

Kepada kami anda perlu membeli Dinar Emas.
Lawat website pengguna ini Cari semua kiriman oleh pengguna ini
Add Thank You Quote mesej ini masa membalas Return to top
Post Reply 

1 user browsing this thread: (0 members, and 1 guest).

Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Heart Noraini Dengan Mas Kahwinnya ( Dinar Emas ) maskahwin 7 1,602 19-Feb-2012 06:29 PM
Last Post: maskahwin
Heart Mas Kahwinnya 2 dinar dan 26 dirham maskahwin 5 1,509 19-Feb-2012 06:28 PM
Last Post: maskahwin
[-]
Permissions Box
You cannot Post Threads.
You cannot Post Replies.
You cannot Post Attachments.
You cannot Edit Your Posts.
HTML is off
MyCode is on
Smilies is on
[img]-code is on

Lompat Ke Forum Lain:

World Islamic Mint

Locations of visitors to this page

We Accept Dinar

Takkan Dinar Hilang Di Dunia

Sticker Kereta


Beli Dinar Emas Anda
[Tutup]

Hubungi Kami | Takkan Dinar Hilang Di Dunia ® | Bumbung | Mukasurat Atas | Arkib Comel | Kiriman RSS | Usermap