Sejarah Sedang Berulang
Penggunaan Emas
Sedang Merebak Di Seluruh Dunia
Dengan
Tanda-tandanya...
Kesohoran dinar sebagai 1 matawang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam.
Pada akhir zaman iaitu era hidup kita hari ini,
seringkali dicadangkan menggunakan
Dinar Emas sebagai pilihan bijak dalam aktiviti ekonomi dunia.
Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai logam itu sendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta istiqamah.
Namun demikian,
masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi 1 matawang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya
Dinar Emas mampu di
DAULATkan sebagai matawang utama,
pada ketika itulah tidak mustahil sekiranya penggunaan
Dinar Emas ini boleh diperkenalkan semula sebagai matawang pilihan sebelum ketibaan Al-Masih Mahdi.
Barangkali slogan “NEW WORLD ORDER“ akan berkesudahan dengan ORDER itu dipimpin sendiri oleh Khalifah akhir zaman yang kita semua sedang menantinya.
Terfikirkah anda semenjak zaman
Nabi Muhammad S.A.W lagi kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi.
Masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan
Dinar Emas Heraclius Byzantine yang berasal daripada negeri Syam (hari ini dinamakan Syria),
manakala
Dirham Perak Sasaniyah pula dari Iraq.
Tatkala itu mereka tidak mempunyai matawang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan di dalam negeri,
mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua matawang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk.
Namun demikian,
keadaan mulai berubah apabila
Nabi Muhammad S.A.W dipilih sebagai Rasul,
dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula menyusup dalam penempaan dinar serta dirham.
Pada tahun 18 H atau 20 H,
Saidina Umar r.a dengan jawatannya ketika itu sebagai Khalifah telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah,
Bismillah Rabbi,
dan Alhamdullillah,
serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham = 7 dinar (dari segi standard jumlah berat)
dan ini kekal digunapakai sehingga kini.
Quote:1 dinar = 1 keping syiling emas
1 dinar mempunyai ketulinan logam sebanyak 91.60%
1 dinar mempunyai nilai 22 karat seberat 4.25 gram,
manakala,
1 dirham = 1 keping syiling perak
1 dirham mempunyai ketulinan logam sebanyak 99.90%
1 dirham mempunyai nilai 24 karat seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan matawang adalah rekabentuk Islam,
yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76 H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah.
Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku di antara baginda dengan Raja Rom.
Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia (hari ini Sepanyol).
Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai matawang utama.
Pada tahun 716 Masihi,
umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah”
disamping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat.
Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia,
masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun.
Dalam era moden ini,
pada tahun 1992
Dinar Emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol
yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya
Dinar Emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa.
Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing.
Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub. Penggunaan
Dinar Emas serta
Dirham Perak terus bertahan penggunaannya pada masa keagungan kerajaan Uthmaniah Turki (1299M-1924M).
Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai matawang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti
dinar di
Quote:Tunisia,
Kuwait,
Libya,
Bahrain,
Algeria,
Jordan.
Manakala
dirham di
Quote:Emiriah Arab Bersatu,
Qatar,
dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997
Dinar Emas yang diperbuat daripada emas 91.60% telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas
Dinar Emas turut mampu dijadikan perantaraan:
Quote:urusniaga hartanah,
gaji dan bonus pekerja,
mahar dan hantaran perkahwinan,
urusan haji dan umrah,
zakat dan fitrah,
serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Ini memandangkan
Dinar Emas mempunyai nilai intrinsik atau nilai tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia.
Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding matawang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak matawang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Sambungan --->
RAHSIA_1
Sambungan --->
RAHSIA_2
Sambungan --->
RAHSIA_3
Sambungan --->
RAHSIA_4
Sambungan --->
RAHSIA_5