
semua...
4 bulan dari sekarang akan diadakan 1 persidangan pertama di dunia,
yang akan membincangkan 1 topik besar,
iaitu usaha penggunaan Dinar Emas & Dirham Perak sebagai matawang dunia.
Persidangan ini akan diadakan selama 3 hari berturut-turut,
dari tarikh 22.07.2010 sehingga 24.07.2010 bertempat,
di Putra World Trade Centr (PWTC), Kuala Lumpur.
(Acara ditunda, tarikh baru akan diumumkan) ---> Disunting oleh ADMIN
Mengikut catatan antara 2008~2009,
direktor
Qafilah Qey mendapati penggunaan dan permintaan logam emas yang dibentukkan menjadi Dinar,
mendapat permintaan tingggi dan berkembang pesat di seluruh dunia.
Penggiat matawang Islam Dinar ini memerlukan tapak mereka sendiri untuk melakukan operasi mereka,
dengan luahan ini, maka pihak The World Dinar Conference (WDC) melakukan 1 pendekatan besar yang dilakukan oleh pihak
Qafilah Qey untuk mengajak seluruh penggiat Dinar untuk menyertai sidang bersar ini.
Tujuan Persidangan Dunia Dinar ini diadakan ialah:
Quote:- untuk memberi kesedaran pada umat manusia terhadap masalah kewangan dunia.
- tajuk utamanya ialah "The Global Economic Crisis : An Islamic Response".
- kami akan menjemput sekurang-kurangnya 30 penceramah bebas untuk menerangkan misteri kejatuhan sistem kapitalis dan kebangkitan sistem Dinar sebagai matawang.
- membekalkan maklumat terkini tentang penggunaan dinar & dirham.
- mengetengahkan syarikat tempatan & syarikat antarabangsa yang terlibat dalam penyebaran produk Dinar & Dirham ini.
- merapatkan lagi jalinan persahabatan antara pembekal dan membina jaringan dunia.
- untuk menubuhkan 1 pertubuhan kekal yang berpusat di Malaysia supaya ianya menjadi tempat untuk merujuk maklumat terkini dan perkhidmatan serta aktiviti terkini kegiatan Dinar di seluruh dunia.
Topik Persidangan:
Pada persidangan besar ini,
kami akan pecahkan masa kepada 2 hari terakhir untuk ucapan pembentangan,
di mana topik-topik yang bakal dibentangkan nanti adalah seperti berikut:
Quote: * The minters
* The assayers and hallmarkers
* The distributors & retailers local and international.
* Logistics & supply-chain management
* Zakat and Dinar
* Halal market and the gold dinar
* Shariah Issues in Dinar Economy
* Global dinar standards & certification
* New business opportunities in the global marketplace
* IT Applications & Technology
Sesetengah penceramah besar,
yang semestinya kami jemput untuk berucap,
insya-Allah tanpa halangan akan hadir nanti ialah:
Quote: * Sheikh Imran Hosein from Trinidad and Tobago ---> Dinar-Emas.Com mentor.
* Tun Dr. Mahathir Mohamad , Former Prime Minister of Malaysia
* Prof. Umar Vadillo from Spain
* Prof. Ahmed Kameel from International Islamic University Malaysia
* Haji Zahimi Bin Chik
Takkan Dinar Hilang Di Dunia ®