Dunia
makin akur
dengan
(Dinar Emas)
PERBANKAN Islam perlu berhati-hati memperkenalkan produk baru dan tidak mengeluarkan semula produk
sama seperti bank konvensional.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata institusi perbankan Islam juga seharusnya
bertegas dengan prinsip Islam.
“Kita seharusnya bertegas kepada prinsip perbankan Islam walaupun ada peluang mengambil alih
tanggungjawab perbankan konvensional,” katanya selepas merasmikan Persidangan Riba Dunia di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.
Persidangan dua hari itu yang dianjurkan Thinkers Trends Resources bersama Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) diadakan buat julung kali bertujuan membincangkan aspek riba dan
kesannya kepada krisis ekonomi dunia.
Ia turut dihadiri ahli akademik Britain, Rodney Shakespeare dan pemimpin Parti Islam Britain, David...
|