BERCAKAP mengenai jangkitan parasit pada usus, walaupun tidak serius diperkatakan seperti beberapa
dekad lalu, ia terus menjadi isu dalam kesihatan orang ramai.
Menurut Pakar Parasitologi dan Kesihatan Masyarakat, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia
(PPUKM), Prof. Datin Dr. Norhayati Moktar, serangan cacing seperti cacing gelang dan cacing kerawit
masih wujud.
Tegasnya, bukan sahaja kanak-kanak, ia turut menyerang orang dewasa terutama dalam kalangan mereka
yang tinggal di kawasan setinggan dan perkampungan Orang Asli yang mempunyai masalah pembentungan
dan saliran serta air bersih.
Menurut Norhayati, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang
teruk jika tidak dirawat.
“Dengan adanya cacing tertentu di dalam tubuh seseorang, ia mengurangkan selera makan,
mengganggu sistem penghadaman dan penyerapan makanan, kehilangan makanan melalui cirit-birit dan
muntah serta gangguan metabolisma.
...
|