Bayaran
elaun guru Pasti Kelantan
dalam
Dirham
KOTA BHARU, 29 Ogos:
Selepas Persatuan Tahfiz al-Quran Malaysia (Permata) bercadang untuk membayar gaji kakitangannya
menggunakan Dinar dan Dirham,
Guru-guru Pasti Kelantan juga turut menerima Dirham sebagai bayaran elaun bulanan mereka.
Mereka telah menerima elaun bulanan berupa tiga keping Dirham yang disampaikan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,
Kewangan dan Kebajikan Negeri,
Datuk Husam Musa.
Penyampaian dibuat pada satu majlis khas yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik),
dekat sini semalam.
Pengagihan bayaran elaun menggunakan Dirham tersebut sebagai sokongan terhadap Dinar dan Dirham yang
diperkenalkan kerajaan Kelantan.
Hadir sama pada majlis itu,
Pengarah Pasti Kelantan,
Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman,
Chegu Mohd Nuri Yaacob serta lain-lain pimpinan Pasti peringkat negeri dan kawasan. ...
|